This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 16 Sept: Lebih 100 pemain memeriahkan Riverside Majestic Pickleball Tournament 2023 yang berlangsung dua hari mulai 16 hingga 17 September.
Berlangsung di Gelanggang Pickleball Riverside Majestic, pertandingan adalah anjuran Manchester United Supporter Club (MUSC) Sarawak Pickleball.
Pertandingan diadakan bersempena Sambutan Hari Malaysia 2023 dan pembukaan Gelanggang Pickleball Riverside Majestic.
Dalam pada itu, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Datu Abdul Hadi Abdul Kadir dalam ucapan perasmian berharap sukan pickleball satu hari nanti akan berkembang seperti sukan lain.
“Dengan pembukaan gelanggang Riverside Majestic ini saya berharap ramai lagi yang akan terlibat dalam sukan pickleball.
“Saya juga berharap sukan ini akan popular seperti sukan lain,” katanya.
Pertandingan julung kali ini mempertandingkan 2 kategori iaitu Beregu Terbuka dan Beregu Novice. – DayakDaily