LCDA Holdings Sdn Bhd sumbang RM2 juta kepada Tabung Bencana Negeri Sarawak

Abang Johari (tengah) menerima cek RM2 juta sumbangan LCDA Holdings Sdn Bhd daripada Abdul Aziz (kiri).

KUCHING, 5 Julai: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) Holdings Sdn Bhd hari ini menyumbang sebanyak RM2 juta untuk Tabung Bencana Negeri Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menerima cek sumbangan tersebut pada satu majlis ringkas di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia.

Cek disampaikan Pengerusi LCDA Holdings Sdn Bhd Tan Sri Abdul Aziz Husain, bertujuan membantu kerajaan Sarawak dalam menguruskan pandemik Covid-19.


Hadir sama adalah Pengurus Besar LCDA Monaliza Zaidel. — DayakDaily