Laskarnita Sarawak, Michelle Janta diiktiraf Juruteknik Bertauliah pertama

LK TNL Tc Michelle Janta Joefrazier. Foto: Tentera Laut Diraja Malaysia Facebook

KUCHING, 10 Jan: Laskarnita Michelle Janta Joefrazier diiktiraf sebagai Juruteknik Bertauliah (Tc.) oleh Malaysia Board of Technologists (MBOT).

Dengan pengiktirafan ini, Michelle sekaligus melakar sejarah sebagai Laskarnita Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pertama yang memperolehi Juruteknik Bertauliah (Tc.) dalam bidang Transportation And Logistic Technology (TL) yang memiliki diploma serta masih dalam perkhidmatan.

Ini telah dikongsi oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dalam laman Facebook pada 8 Jan.


Lebih membanggakan, atas inisiatif bersungguh-sungguh dalam meningkatkan nilai modal insan, Michelle Yang berasal dari telah berjaya memperoleh Diploma dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada tahun 2022 dalam bidang Pengurusan Logistik.

Beliau yang kini sedang berkhidmat di unit Depot Bekalan Armada Timur sebagai Staf Koordinasi Material. — DayakDaily

Michelle kini sedang berkhidmat di unit Depot Bekalan Armada Timur sebagai staf koordinasi material. Foto: Tentera Laut Diraja Malaysia Facebook