Lapan pelatih kursus Bomba Gred KB19 dipinta melapor diri

Fire and Rescue Department Malaysia/ Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia logo

KUCHING, April 30: Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak (JBPNS) memanggil lapan pelatih yang telah dipilih mengikuti kursus KSSK Siri 1/2019 Pegawai Bomba Gred KB19 untuk menghubungi Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Sarawak.

Pelatih yang dipanggil adalah Abdul Rizal Kapli dari Kampung Tian Matu, Ferieneil Brandah Louis (Bintangor), Mohammad Norizan Razali Kamis (Debak, Betong), Mohd Asraf Mohamad Japri (Kpg Terasi, Asajaya), Mathius Joseph (Kpg Telian, Mukah), Muhammad Zulafiszan Permasa (Kapit), Impin Manggi (Bintangor) dan Stanley Santok (Engkilili).

Semua pelatih di atas dikehendaki melapor diri di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Sarawak pada Jun 16, 2019.

Mereka dipinta menghubungi Puan Diana di talian 082-762871 dengan kadar segera. — DayakDaily