This Content Is Only For Subscribers
SRI AMAN, 28 Jun: Seramai lapan pelajar di sebuah sekolah menengah di sini ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung kes buli.
Pemangku Ketua Polis Daerah (KPD) Sri Aman DSP Zuriawati Zainal Abidin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 25 Jun sekitar jam 5.09 petang.
Katanya penahanan dibuat selepas pihaknya berjaya mengenal pasti suspek melalui satu video yang berdurasi 41 saat.
“Kesemua lapan pelajar yang terlibat telah dikenalpasti dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
“Pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga sebatan jika sabit keaslahan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan polis.
Tindakan menyebarkan berita yang tidak benar juga boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat. — DayakDaily