This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 6 Jun: Laluan di Jambatan Moyan iaitu Jalan Bau menuju ke Batu Kawah akan ditutup sementara untuk satu lorong mulai esok jam 10 pagi.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia bagi membolehkan kerja naiktaraf dilaksanakan di kawasan tersebut.
Pengguna-pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu di kawasan ini ketika tempoh menaik taraf jalan sedang berlangsung.
Pihak JKR juga mengingatkan pengguna untuk mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan.
Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik, sila berhubung dengan Pejabat JKR Sarawak Talikhidmat di talian 082-203199 atau pihak WPC02 di talian 082-682803. — DayakDaily