This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 29 Ogos: Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menggesa anak-anak syarikat Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka) menggunakan peraturan yang komprehensif dalam pengurusan Akta Prosedur Kewangan dan Arahan Pembendaharaan.
Beliau juga mahukan pihak pengurusan mengurangkan karenah birokrasi yang boleh melambatkan pelaksanaan setiap keputusan polisi dibawah tanggungjawab masing-masing.
“Tadbir Urus yang baik adalah penting dalam pembangunan dan perkembangan anak syarikat, ini adalah kerana prestasi kewangan dan operasi menentukan imej keseluruhan Pusaka,” kata Awang Tengah.
Beliau berkata demikian di Perasmian Hari Tadbir Urus Korporat Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka) 2023.
Teks ucapan beliau dibaca Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh.
Menurut Awang Tengah, anak-anak syarikat ini mampu membayar dividen kepada Pusaka jika mereka menunjukkan prestasi yang baik.
“Ini secara langsung akan membantu merealisasikan visi kerajaan mencapai sasaran RM8 bilion bagi eksport kayu dan produk kayu,” kata Awang Tengah.
Turut hadir Pengurus Besar Pusaka Zainal Abidin Abdullah. — DayakDaily