Kumpulan Marhaban Melayu Limbang johan Pertandingan Marhaban Peringkat Negeri

Abang Johari (tujuh dari kanan) menyampaikan hadiah kepada kumpulan Marhaban Melayu Limbang.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 26 Sept: Marhaban Melayu Limbang dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Marhaban Peringkat Negeri yang diadakan di Kuching malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Marhaban Melayu Limbang membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 beserta trofi.


Tempat kedua pula disandang oleh kumpulan daripada Kuching iaitu Suara Kilauan Majma, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Alhamra Bomba juga dari Kuching.

Para pemenang masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM7,000 dan RM5,000.

Hadiah disampaikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam ucapannya, Abang Johari berkata Masjid Darul Ittihaad dan Masjid Darul Barakah Taman Satria Jaya BDC akan dibangunkan semula bagi menampung para jemaah di kawasan tersebut.

“Kawasan luas di bahagian sebelah Masjid Simpang Tiga tersebut telah diambil alih oleh kerajaan Sarawak untuk tujuan berkenaan.

“Dengan siapnya masjid itu nanti, Khutbah Jumaat di Masjid Simpang Tiga akan disampaikan dalam Bahasa Inggeris,” kata Abang Johari.

Tambah beliau, Khutbah dalam Bahasa Inggeris adalah bagi memudahkan umat Islam yang tidak fasih berbahasa Melayu. — DayakDaily