Kuching FA lancar jersi rasmi Liga Premier 2020

Fazzrudin (tiga dari kiri) pada Majlis Pelancaran Jersi Kuching FA bagi Liga Premier 2020.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, Feb 9: Kuching FA malam ini melancarkan jersi rasmi pasukan bagi Liga Premier musim 2020.

Majlis pelancaran disempurnakan Presiden Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman di sebuah hotel di sini.


Musim ini, Kuching FA terus mendapat tajaan LEA Sports Centre (LSC) serta Yakult Malaysia.

Kuching FA juga menjalinkan kerjasama dengan pihak Malaysia Airlines serta Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bagi melancarkan perjalanan pasukan sepanjang musim 2020.

Pada ucapannya, Fazzrudin berharap peminat-peminat bolasepak terus memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan Kuching FA Dan Sarawak United FC.

“Sarawak di wakili oleh dua pasukan iaitu Kuching FA Dan Sarawak United FC pada musim ini.

“Dengan ini, banyak lagi peluang dan ruang untuk pemain-pemain bolasepak di Sarawak beraksi di dalam Liga Malaysia,” katanya.

Pada majlis tersebut, Kuching FA turut memperkenalkan barisan pemain yang bakal membawa cabaran Liga Premier 2020 yang bakal bermula Februari ini.

Perlawanan pertama dijadualkan pada Februari 29 di mana Kuching FA akan bertemu pasukan UKM FC di Stadium Sarawak.

Turut hadir Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak Posa Majais dan Datuk Bandar DBKU, Datuk Junaidi Reduan. — DayakDaily