Kren tumbang, pemandu cedera ringan

Mangsa, Pasang Chupong, 53, tersepit di bahagian pemandu kren dalam kejadian di Jeti Kemena, Bintulu

Oleh: Cornelius Kadir Edison

BINTULU, 31 Dis: Seorang Pemandu Kren mengalami detik cemas apabila kren yang dipandunya tumbang dalam kejadian sekitar jam 3.55 petang tadi di Jeti Kemena di sini.

Jurucakap Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, mangsa Pasang Chupong, 53, bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan dalam kejadian tersebut.


Keadaan kren yang tumbang dalam kejadian di jeti Kemena, Bintulu

“Hasil size up daripada Pasukan Bomba terdapat seorang lelaki dewasa dalam keadaan sedar terperangkap di dalam kren tersebut .

“Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya dikeluarkan jam 5.20 petang, ” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa yang hanya mengalami cedera ringan dibahagian kaki kemudiannya diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakkan selanjutnya. — DayakDaily