Oleh Cornelius Kadir Edison
KUCHING, 25 Mac: Kementerian Pendidikan akan terus mengambil langkah serta bersedia untuk memperbaiki sistem penyampaian pendidikan sedia ada dalam usahanya berhadapan dengan cabaran serta krisis seperti penularan wabak Covid-19.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata penularan wabak Covid-19 memberikan satu perspektif baharu kepada sistem pendidikan sedia ada dalam berdepan krisis yang sekaligus mampu menjejaskan sesi pembelajaran bersemuka.
Katanya, situasi ini merupakan satu cabaran baharu kepada Kementerian pendidikan dan sistem pendidikkan tradisional negara sekaligus memaksa satu perubahan besar harus dilakukan untuk berdepan dengan krisis terbabit.
“Kita perlu berdepan serta mengharunginya dan terus memperlajari mengenai covid-19 ini, mencari jalan untuk mengatasi, mengatur langkah baik dari segi pembelajaran dan pengaran (PDP) atau Pembelajan dan Pengajaran di rumah (PDPR) dan sebagainya.
“Pelbagai langkah-langkah yang perlu terus kita ambil dan jika perlu akan terus kita perbaiki untuk memastikan dari segi pematuhan prosedur Operasi Standard (SOP) dan sebagainya dapat dilaksana,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Kesyukuran Pengurusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 peringkat Negeri Sarawak di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Samariang di sini hari ini.
Dr. Mah berkata, setiap satu situasi memerlukan pendekatan berbeza bergantung kepada keperluan dan skala sesebuah krisis yang dihadapi.
Katanya, pendekatan yang diambil akan bergantung kepada keperluan dan kehendak pada waktu berkenaan agar semua sesi pembelajaran dan pengajaran dapat laksanakan dengan lancar.
“Jika ada keadaan yang sama di masa hadapan, ianya akan berpandukan apa yang telah kita buat dan penambahkan akan kita teruskan untuk memastikan yang terbaik untuk anak-anak murid atau pelajar kita.
“Keselamatan, kesihatan anak-anak murid dan pelajar kita ini sentiasa menjadi keutamaan KPM dalam merangka sesuatu dasar berkaitan,” katanya
Mengulas mengenai Peperiksaan SPM, Dr. Mah berkata walaupun pada pemulaanya KPM amat khuatir dengan situasi penularan Covid-19, namum perkara itu dapat diatasi dengan kerjasama daripada semua pihak termasuk ibu bapa, pelajar, Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.
Jelasnya, semua peperiksaan penting dapat dijalankan dengan lancar sekalipun terdapat kekangan kecil semasa permulaan penularan Covid-19 di kesan di negara ini. — DayakDaily