KUCHING, 26 Okt: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam menyampaikan bantuan kepada penghuni di Rumah Seri Kenangan di Batu 12 di sini.
Ia merupakan Program Foodbank Malaysia yang diadakan sempena Bulan Warga Emas.
Program disertai Adun Kota Sentosa Wilfred Yap yang turut menyumbang barang-barang keperluan harian dan makanan.
Semasa sesi ‘walkabout’ di rumah penginapan, klinik dan kemudahan lain, Yap juga menyumbang peruntukan berjumlah RM20,000.
Peruntukan adalah untuk meningkatkan kelengkapan kompleks Rumah Seri Kenangan. — DayakDaily
Advertisement