KPDNHEP Kapit jamin bekalan mencukupi sepanjang Ramadan

Al Redzamani Abdul Razak
Advertisement

KAPIT, 15 April: KPDNHEP Kapit memberi jaminan bekalan barangan runcit dan basah mencukupi bagi kegunaan orang ramai sepanjang Ramadan di bahagian berkenaan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kapit Al Redzamani Abdul Razak berkata, pemantauan yang dilakukan terhadap 25 jenis bekalan dan keperluan asas di seluruh daerah itu mendapati ia mencukupi untuk keperluan pengguna di kapit.

“Pengalaman kita pada tahun sebelum ini dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masalah bekalan tidak terlalu ketara di daerah Kapit, Song dan Belaga,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Beliau berkata, pihaknya sentiasa menasihati pembekal dan peniaga agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga melampau sehingga membebankan pengguna.

Ujarnya, pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga KPDNHEP Kapit akan terus bertugas sepanjang Ramadan melakukan pemeriksaan bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan.

“Apa pun kita harap pengguna dapat buat aduan rasmi jika ada kenaikan harga yang ketara supaya tindakan boleh diambil, jangan hanya komen dalam media sosial.

“Laporan kepada KPDNHEP boleh dibuat melalui talian bebas tol 1-800-886-800, aplikasi WhatsApp 019-2794317, laman Facebook KPDNHEP atau hadir sendiri ke pejabat KPDNHEP Kapit,” katanya. — DayakDaily

Advertisement