KUCHING, Sept 10: Seorang guru yang berasal dari Saratok menyeru agar pihak kontraktor Lebuhraya Pan-Borneo menyediakan penanda-petanda arah yang tepat dan memastikan petanda-petanda tersebut sentiasa berfungsi.
Menurut guru tersebut, Billy Labau, 52, serta keluarga telah terlibat dalam kemalangan jalanraya di KM70 Jalan Kuching/ Sri Aman pada jam 6.30 pagi Sabtu lepas, sebab petanda arah yang tidak berfungsi.
āKemalangan berlaku apabila kereta saya sedang menuruni bukit serta melalui satu selekoh. Tiba-tiba kenderaan yang saya pandu telah hilang kawalan serta telah terbabas disebelah kiri dan terbalik keempat-empat tayar keatas.
āAkibat daripada kemalangan itu, kenderaan saya telah mengalami kerosakan teruk terutama pada bahagian depan dan bahagian atas, cermin besar depan pecah dan lain-lain kerosakan yang saya belum pasti lagi.
āPada masa kemalangan itu, keadaan cuaca baik tapi masih gelap. Akan tetapi penanda arah jalan masa itu tidak berfungsi,ā jelas Billy kepada DayakDaily hari ini.
Walaupun demikian, beliau dan tiga orang penumpang lain tidak mengalami kecederaan.
āTetapi saya memohon diperbanyakan tanda amaran serta penanda arah yang berfungsi. Jangan membuat sebarang lencongan di tempat yang berbahaya,ā ujar beliau.
Billy juga berharap pihak terbabit memperbesarkan jalan raya jika perlunya membuat lencongan jalan ketika pembinaan seperti projek Lebuhraya Pan-Borneo sekarang.
āSyarikat pembinaan terbabit harus bertanggungjawab terhadap pengguna jalan raya jika ada berlaku sebarang kemalangan. Dan diharapkan, dipercepatkan lagi pembinaan kerana banyak menyusahkan rakyat,ā tambah Billy.
Sementara itu, isteri Billy, Mary Fatimah menyifatkan pengalaman kemalangan tersebut sangat menakutkan sebab pelbagai andaian boleh berlaku.
āKami semua sangat panik tetapi kami bersyukur kepada Tuhan karana kami semua selamat walaupun kereta kami mengalami kerosakan yang teruk,ā tambah Mary. ā DayakDaily