‘Konstituensi Pantai Damai mampu lahir generasi pelajar cemerlang pada masa depan’

Dr Abdul Rahman (duduk tengah) merakamkan gambar bersama warga pendidik.

Oleh Dean Adam

KUCHING, April 21: Konstituensi Pantai Damai mampu melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang pada masa depan.

Menteri Muda Utiliti yang juga ADUN Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, warga pendidik memainkan peranan penting dalam membantu melahirkan generasi cemerlang di masa hadapan.


Jelasnya, para ibu bapa juga tidak harus melupakan tanggungjawab mereka dalam membantu warga pendidik melahirkan modal insan kelas pertama.

“Semua kumpulan sasaran ini merupakan pemacu utama dalam memastikan lonjakan melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dan terbilang untuk masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan DUN Pantai Damai di Dewan Jamilah Yayasan Sarawak di sini hari ini.

Dr Abdul Rahman menambah, para pelajar juga perlu mengimbangi pendidikan dan kokurikulum dalam usaha menjadi modal insan yang cemerlang.

“Pendidikan sahaja tidak mencukupi jika tidak bergiat aktif dalam kegiatan luar kelas,” jelasnya. — DayakDaily