KM16 Jalan Ulu Paku, Spaoh, putus akibat tanah runtuh

Keadaan laluan yang terputus akibat tanah runtuh di Jalan Ulu Paku, Spaoh.

KUCHING, 20 Jan: Hujan lebat yang turun pada dua, tiga hari yang lalu telah mengakibatkan tanah runtuh di KM16 Jalan Ulu Paku, Spaoh.

Menurut jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, Ismail Mahedin, kejadian menjejaskan laluan ke berapa rumah panjang berhampiran.

“Namun, empat buah rumah panjang dan sebuah sekolah rendah yang terjejas masih mempunyai jalan alternatif yang menuju ke Sg Langit, Layar,” katanya.

Keadaan laluan yang terputus akibat tanah runtuh di Jalan Ulu Paku, Spaoh.

Rumah panjang yang menggunakan jalan tersebut ialah Rh Philomenia di Nanga Paun, Rh Jame di Lubuk Klampu, Rh Francis Nyanggau di Penom, Rh Henrry Ilon di Senunok dan SK Penom, Ulu Paku, Spaoh. — DayakDaily