KM menyempurnakan majlis penyerahan warta rizab komunal Bumiputera, surat hakmilik tanah

Abang Johari (empat dari kiri) menyerahkan hakmilik tanah kepada penerima-penerima hakmilik tanah dalam majlis majlis penyerahan warta rizab komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 dan surat hakmilik tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bertempat di Hotel Sri Simanggang semalam (Feb 18, 2019). Turut kelihatan ialah Uggah (empat dari kanan) dan Awang Tengah (dua kanan).
Advertisement

SRI AMAN, Feb 19: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menyempurnakan majlis penyerahan warta rizab komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 dan surat hakmilik tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN) bertempat di Hotel Sri Simanggang di sini semalam.

Semasa majlis tersebut, maklumat yang diperolehi menyatakan kawasan yang telah di warta di bawah Seksyen 6 KTN iaitu kawasan Kara, Pantu sebanyak 838 hektar (2,071 ekar); kawasan Rapak, Pantu (226 hektar); Sg String, Lulung Mayau dan Batu Besai (27 hektar).

Manakala daripada 673 surat hakmilik tanah di bawah Seksyen 18 KTN dikeluarkan, sebanyak 533 orang telah menerima geran tersebut yang mana pecahannya adalah seperti berikut: kawasan Tanjung Seduku, Banting, Lingga sebanyak 404 surat hakmilik telah dikeluarkan; kawasan Tanjung Jaya (124 surat hakmilik) dan kawasan Seberang Pasar sebanyak 145 surat hakmilik.

Advertisement
Abang Johari (duduk tiga dari kanan), Uggah (duduk dua kanan) Awang Tengah (duduk kiri), Dr Sim (duduk dua kiri), Francis (duduk kanan) dan Snowdan (duduk kiri) dengan peneriman-penerima hakmilik tanah dalam Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 dan surat hakmilik tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Karim dan ketua-ketua masyarakat Sri Aman. — DayakDaily

Advertisement