KKM tidak lakukan ujian swab rumah ke rumah, kata Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - file pic
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, Jun 15: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak melakukan ujian swab Covid-19 dari rumah ke rumah, tegas Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Justeru katanya, tular di media sosial mengatakan ada kumpulan yang mendakwa mereka dari KKM yang bergerak dari rumah ke rumah untuk melakukan ujian swab adalah menipu.

Advertisement

“Sebenarnya tidak ada, KKM tidak melakukan ujian swab dari rumah ke rumah kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dipagari wayar berduri.

“Selain daripada itu tidak ada tindakan KKM untuk pergi dari rumah ke rumah untuk melakukan ujian swab,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Tambah Ismail Sabri lagi, apa yang berlaku sebenarnya adalah kes tipu dan siasatan KKM mendapati nombor pendaftaran pada van yang digunakan sepatutnya kepunyaan kenderaan Myvi.

“Maknanya kenderaan van dengan lambang KKM itu menipu, tindakan mereka pun menipu. Saya harap rakyat tidak tertipu dengan perkara-perkara seperti ini.

“Jika didapati ada kes yang datang ke rumah mengaku dari KKM dengan apa sahaja tujuan tolong lapor kepada pihak polis dengan segera.

“Untuk kes ini saya percaya KKM sudah membuat laporan polis,” ujar Ismail Sabri. — DayakDaily

Advertisement