KKM memaklumkan terdapat 3,680 kes Covid-19 hari ini

Dr Noor Hisham fielding questions from the press.

KUCHING, 27 JAN: Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) memaklumkan bahawa terdapat 3,680 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 3,674 kes tempatan dan 6 kes import. ā€œKes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif
adalah sebanyak 194,114 kes.

ā€œDengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 42,389 kes,ā€™katanya menerusi kenyataan hari ini. Johor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,069 kes.
Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 822 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 698 kes.


Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 1,858 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 151,018 kes atau 77.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 314 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU) termasuk 122 kes memerlukan bantuan pernafasan,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan 7 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 707 kes.

ā€œKes-kes kematian pada hari ini melibatkan 3 kes dari Selangor, 2 kes dari Perak dan masing-masing 1 kes dari Sarawak dan Sabah.

ā€œKesemua kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,ā€ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 15 kluster berkaitan tempat kerja dan 2 kluster komuniti. -DayakDaily