KK Petra Jaya sedia perkhidmatan ujian pengesanan Covid-19

Dr Sim (kiri) melawat perkhidmatan ujian pengesanan Covid-19 di Klinik Kesihatan Petra Jaya semalam (19 Julai, 2020).

KUCHING, 20 Julai: Klinik Kesihatan (KK) Petra Jaya kini turut menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan Covid-19 pada hari Ahad mulai semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata klinik itu kini menyediakan perkhidmatan terbabit kepada orang ramai di bandar raya ini selama tujuh hari seminggu.

“KK Petra Jaya, dibuka bagi ujian swab Covid-19 PCR , tujuh hari seminggu bermula minggu ini,”katanya dalam laman Facebooknya semalam.


Dr Sim berkata seramai 450 orang yang kebanyakkan dari Pasar Komuniti Stutong telah mengunjungi klinik itu semalam berikutan kes positif yang telah dikesan di pasar terbabit.

Katanya walaupun jumlah ujian yang terlalu banyak, kakitangan klinik itu ditambah kakitangan Pejabat Kesihatan Kuching dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak berjaya  menambahbaik operasi perkhidmatan itu dan lancar semalam.

“Saya juga menghargai Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bagi kerusi dan meja (disediakan di klinik terbabit),”katanya.-DayakDaily