Kerja-kerja penyelenggaran permukaan jalan di Jejambat Batu 3 

Peta jalan yang terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan

KUCHING, 27 Okt: Kerja-kerja penyelenggaran permukaan jalan di Jejambat Batu 3 melibatkan Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce  menuju ke pusat beli- belah AEON Mall bermula hari ini sehingga 13 November 2020.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching dalam satu kenyataan berkata, kerja penyelenggaran  dijalankan dari jam 8.00 malam sehingga 6.00 pagi dalam tempoh tersebut.

Justeru, para pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa berhati-hati semasa memandu dan mematuhi   pengurusan trafik di lokasi berkenaan sepanjang tempoh penyelenggaran. 


“Pengguna- pengguna juga digalakkan untuk menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian.
“Segala kesulitan adalah amat dikesali,”menurut kenyataan itu.

Sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan dengan aliran trafik, sila berhubung dengab Pejabat JKR Bahagian Kuching (082-203411) pada waktu pejabat. —DayakDaily