Kereta remuk dihempap besi di Feri Rambungan

MPV tersebut remuk di bahagian hadapan apabila dihempap besi semasa bergerak keluar dari feri di Rambungan.

LUNDU,9 Jun: Sebuah kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) remuk di bahagian hadapan apabila dihempap besi semasa bergerak keluar dari feri di Rambungan, hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi tadi.

Menurut sumber, semasa kejadian sedang berlaku kerja-kerja penambahbaikan di jeti feri tersebut apabila besi yang dikatakan sedang diangkat jentera berat terjatuh lalu menghempap bahagian enjin MPV tersebut.

Bagaimanapun, pemandu MPV difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu. — DayakDaily