Kereta pengantin kemek dihempap pokok di Jalan Carpenter, Kuching

Keadaan kereta tersebut yang dihempap pokok.

KUCHING, 19 Dis: Sebuah kereta jenis Proton Iriz yang digunakan sepasang pengantin berkahwin, kemek dibahagian bumbung akibat dihempap pokok.

Kejadian dilaporkan berlaku di tempat letak kereta di Jalan Carpenter, di mana pokok tersebut tumbang disebabkan angin kencang sekitar jam 2.29 petang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam
insiden tersebut.

“Pasukan Bomba dari Balai Padungan terus menjalankan operasi memotong dan mengalih pokok tersebut ke bahu jalan sehingga selesai dan selamat,” katanya.

Anggota Bomba kemudian bertolak balik ke balai selepas memastikan keadaan benar-benar selamat. — DayakDaily