This Content Is Only For Subscribers
LIMBANG, 4 Sept: Seorang lelaki warganegara Brunei disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi parah selepas terlibat kemalangan di Jalan Sagan Limbang, di sini hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 4.34 petang.
Katanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan berlaku kemalangan kendiri melibatkam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang telah terjatuh dari jambatan.
“Terdapat dua orang mangsa (lelaki) tersepit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, pasukan bomba terus memulakan operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa.
“Mangsa pertama telah dikeluarkan pada jam 5.45 petang dan mengalami cedera parah diserahkan kepada pihak KKM.
“Mangsa kedua dikeluarkan pada jam 6.25 petang dan telah disahkan meningggal dunia oleh Pihak KKM,” katanya.
Mangsa yang meninggal dunia kemudian diserahkan kepada Pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
Difahamkan mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Para Jack, 51 tahun. — DayakDaily