Kerana mulut badan binasa

Kelihatan suspek yang dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 3 Mei: Gara-gara mulut, seramai enam lelaki ditahan kerana terlibat dalam satu pergaduhan di Bekenu pada malam Sabtu lepas (1 Mei).

Dalam kejadian itu, seorang daripada suspek yang ditahan mengalami kecederaan pada bahagian mulut dan lebam pada mata.

Difahamkan, mangsa telah didatangi tiga lelaki yang bertindak memukulnya sebaik sahaja dia hendak pulang ke rumah dari sebuah kedai di Bekenu sekitar jam 9.30 malam.

Dipercayai kejadian berlaku kerana mangsa dikatakan telah memburuk-burukan suspek.


Kesemua suspek berusia antara 16 sehingga 23 tahun ditahan sepasukan anggota Task Force CID IPD Miri pada petang semalam.

Tangkapan dilakulan sekitar jam 5.50 petang susulan satu laporan dibuat mengenai insiden tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, kes disiasat mengikut Sekayen 147 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan. — DayakDaily