Kerajaan sedia RM88 juta bina infrastruktur Skim Pembesaran Kampung Segedup

Abang Johari ketika ditemui semasa lawatan di Kampung Segedup.

KUCHING, 25 Feb: Kerajaan memperuntukan RM88 juta bagi menyediakan infrastruktur bagi Skim Pembesaran Kampung Segedup.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia melibatkan pembinaan 273 lot menerusi skim perumahan mampu milik.

“Infrastruktur ini melibatkan pembinaan parit, tembok, jalan, bekalan elektrik dan air.


“Semua infrastruktur ini ditanggung oleh kerajaan,” katanya semasa lawatan ke Kampung Segedup hari ini.

Tambah Abang Johari, Fasa 2 projek yang sama nanti melibatkan penyediaan 227 lot.

Katanya, lot-lot rumah di kawasan Sungai Maong dan Segedup nanti adalah dibuka untuk masyarakat Melayu dan Iban termasuk dari Kampung Kudei. ā€” DayakDaily