Kerajaan Sarawak peruntuk RM100 juta bagi bekalkan air bersih di Serian

Snowdan ketika berucap di majlis perasmian Balai Raya Kampung Sega Baru. Foto: Ukas

KUCHING, 30 April: Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan dana sebanyak RM100 juta bagi membekalkan bekalan air bersih di kawasan Serian, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), Snowdan memberitahu bahawa penduduk Kampung Sega Baru khususnya akan dapat menikmati bekalan air bersih.

“Ia selepas pelaksanaan fasa kedua projek bekalan air itu yang dijangka bermula pada tahun hadapan,” katanya di Program Pemimpin Bersama Rakyat Bersempena Perasmian Balai Raya Kampung Sega Baru di sini pada Sabtu (29 April).


Dalam pada itu, Snowdan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Balai Ringin mengumumkan peruntukan sebanyak RM34,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Biro Wanita Kampung Sega. ā€” DayakDaily