This Content Is Only For Subscribers
SERIAN, 19 Jun: Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Ir Aidel Lariwoo berharap Kerajaan Persekutuan segera meluluskan pembinaan Jalan Trans Border yang dianggap penting bagi Sarawak.
Katanya, cadangan bagi pembinaan jalan tersebut telah dikemukakan pada Rancangan Malaysia Ke-11.
“Sudah tentu, pihak kerajaan persekutuan sudah dimaklumkan serta meneliti cadangan kita.
“Ini memandangkan kita melihat prospek Sarawak, teurtama dengan pemindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara di Kalimantan Tengah menjelang Ogos tahun hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pada lawatan ke beberapa projek infrastruktur di Bahagian Serian hari ini.
Tambah Aidel, cadangan kerajaan negeri adalah membina jalan di sepanjang sempadan Sarawak dan Kalimantan.
Ujar beliau, ia juga merupakan persediaan bagi menghadapi kesan pemindahan ibu kota Indonesia ke Nusantara.
Menurut Aidel lagi, Jalan Trans Border akan melengkapkan sistem jalanraya negeri setelah Lebuhraya Pan Borneo kini hampir siap sepenuhnya.
“Kemudiannya kita sudah membina jalan pesisir dengan pembinaan jambatan merentasi beberapa sungai.
“Di kawasan tengah pula kita sudah membina Jalan Utama Kedua,” jelas Aidel. — DayakDaily