Kemas rumah, jumpa ular

APM Miri berjaya menangkap reptilia tersebut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 2 Julai: Seorang surirumah dikejutkan dengan kehadiran seekor ular tedung hitam ketika sedang mengemas rumah petang tadi.

Reptilia berbisa itu ditemukan dibawah sofa ruang tamu rumahnya, semasa wanita berusia 38 tahun itu sedang sibuk mengemas kediamannya di Jalan Dynasty Choo di sini.


Menurut pegawai Angkatan Pertahanan Awam Miri Kapten (PA) Usman Harto, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan itu pada jam 5.45 petang tadi.

“Seramai lapan anggota telah dikerahkan ke lokasi dan tiba 10 minit kemudian bagi membantu menangkap reptilia tersebut,” ujarnya.

Ular tersebut yang sebesar ibu jari tangan berjaya ditangkap kurang 10 minit mrnggunakan peralatan khas.

Operasi tamat pada jam 6.01 petang. — DayakDaily