Kelasi tongkang dikhuatiri lemas jatuh sungai

Mangsa dilaporkan terjatuh daripada tongkang

Oleh Cornelius Kadir Edison

MALUDAM, 1 Nov: Seorang kelasi tongkang dikhuatiri lemas dihanyutkan air deras sungai Batang Lupar berdekatan pangkalan Feri Triso di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang semalam, mangsa Saif Ali,21, warganegara India dikatakan sedang mengisi minyak enjin pam air di sungai tersebut sebelum tergelincir lalu jatuh dari tongkang berkenaan.


Jurucakap Pusat Gerakkan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, kejadian terbabit disedari oleh rakan mangsa Ram Bhuwan yang terlihat mangsa terkapai-kapai dihanyutkan arus lalu tenggelam.

“Pihak kami menerima laporan berkaitan kejadian tersebut sekitar jam 9.08 malam semalam dan hasil perbincangan bersama Operasi Mencari Dan Menyelamat mangsa akan di laksanakan hari ini.

Anggota bomba ke lokasi awal pagi tadi (1 Okt, 2020) untuk operasi SAR

“Sehingga laporan ini dibuat dan diterima oleh pihak kami, mangsa masih lagi belum ditemui,” katanya.

Katanya, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok telah bergerak ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut yang perjalannya mengambil masa lebih kurang dua jam. – DayakDaily