Kejadian baling bom molotov di KK Mart Satok calar nama baik Sarawak — timbalan pengerusi PKR Sarawak

Senator Abun Sui Anyit

KUCHING, 2 April: Kejadian membaling bom molotov di KK Mart di Satok mencalarkan nama baik Sarawak.

Menurut Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Senator Abun Sui Anyit, perbuatan tersebut bertentangan dengan budaya rakyat Negeri ini.

“Ia lebih-lebih lagi setelah Sarawak diwar-warkan aman dan damai selama ini.


“Dan baharu sahaja disebut sebagai negeri contoh dari segi perpaduan negara,” kata Abun dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memohon seluruh rakyat untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha menjejaki pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu. — DayakDaily