Kebakaran di Kabong musnah satu rumah, tiga lagi turut terjejas

Kelihatan kejadian kebakaran di Kampung Empelam-Kabong hari ini (4 Julai 2021).

KABONG, 4 Julai: Sekurang-kurangnya empat buah rumah di Kampung Empelam-Kabong terjejas akibat kebakaran pagi hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (Bomba) berkata kebakaran dilaporkan berlaku pada jam 10.22 pagi.

Beberapa anggota dari Balai Bomba Saratok terus ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.


“Komander operasi melaporkan kebakaran memusnahkan sebuah rumah jenis dua tingkat yang telah terbakar 100 peratus, manakala terdapat tiga buah rumah berdekatan turut terjejas dan terbakar sedikit pada anggaran 10 peratus akibat dari kebakaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya juga, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. — DayakDaily