Kaunter pembayaran DBKU Satok ditutup sementara

File photo depicting DBKU headquarters where the Cat Museum is housed. Photo source: Wikimedia Commons

KUCHING, 18 OGOS: Kaunter Pembayaran Dewan Bandaraya Kuching Utara(DBKU) di Satok akan ditutup sementara mulai hari ini, 18 Ogos sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sehubungan itu, DBKU menyeru orang ramai yang ada urusan pembayaran boleh melakukannya secara atas talian.

Pembayaran boleh dibuat melalui portal DBKU eServiceKU di pautan eserviceku.dbku.gov.my, JomPay, Sarawak Pay, Paybills Malaysia, CIMB, BSN dan Maybank2U. — DayakDaily