Kasut jenama JUMA’ANI dilancar hari ini

Juma'ani (tengah) menerima kasut di bawah jenama JUMA'ANI daripada Shahren (kiri).

KUCHING, 18 April: Isteri Premier Sarawak Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang hari ini melancarkan kasut di bawah jenama JUMA’ANI by Nottingheels.

Majlis Pelancaran yang diadakan di JUMA’ANI Pavilion menyaksikan jenama kasut tersebut dipertontonkan kepada tetamu yang hadir.

JUMA’ANI by Nottingheels adalah hasil kerjasama CENTEXS Commercial bersama Nottingheels dengan menggunakan ciri comfort insole yang bertaraf antarabangsa.


Menurut Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Shahren Yusri, kerjasama sebegini dilihat mampu melonjakkan lagi jenama produk fesyen tempatan ke peringkat lebih tinggi.

“Sepertimana yang kita sedia maklum, jenama Nottingheels ini dikenali ramai dan mempunyai kualiti yang amat baik.

“Jadi kerjasama ini dilihat mampu menghasilkan produk kasut tempatan di bawah jenama JUMA’ANI untuk dikomersial dan dipasarkan di dalam dan luar negara,” ujar beliau.

Shahren berharap jenama kasut ini dapat memenuhi keperluan ramai dan yakin kasut ini digemari oleh pelanggan ketika membeli jenama produk ini.

Sementara itu, Pengasas dan Pengarah Kreatif Nottingheels Amy Chiew berkata, Nottingheels juga mengutamakan keperluan dan kehendak masyarakat.

Menurut beliau, kasut jenama tersebut menitikberatkan keselesaan kepada pengguna.

“Ia 100 peratus buatan tangan tempatan selain menampilkan lapisan dalaman yang berkualiti seperti comfort insole”, ujar beliau.

Sementara itu, Amy juga turut memberitahu beliau berbesar hati kerana diberi peluang untuk menghasilkan kasut yang direka khas kepada Juma’ani. — DayakDaily