Kanak-kanak, warga emas berusia 130 tahun antara kes kematian dilaporkan hari ini

Kanak-kanak, warga emas berusia 130 tahun antara kes kematian dilaporkan hari ini (28 Nov, 2020)

PUTRAJAYA, 27 Nov: Seorang kanak-kanak dan seorang lelaki berusia 130 tahun merupakan antara empat kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes kematian melibat kanak-kanak serta warga emas terbabit dilaporkan di Hospital Tawau dan Hospital Tuaran.

“Pertamabahan empat kes kematian ini menjadikan jumlah kematian akibat wabak tersebut meningkat kepada 354 kes atau 0.56 peratus daripada keseluhan kes sehingga kini,” katanya


Beliau berkata sebanyak 1,315 kes jangkitan positif Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatifnya meningkat 63,176 kes dengan kebolehjangkitan sebanyak 11,508 kes.

Katanya daripada jumlah tersebut lima kes merupakan kes import yang dikesan mendapat jangkitan dari luar negara, manakala selebihnya merupakan jangkitan tempatan.

“Sabah masih kekal melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 476 kes (36.2 peratus), di mana 406 kes (85.3 peratus) daripada kes-kes dikesan hasil daripada saringan kluster-kluster dan kontak rapat kes positif Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh negeri Selangor sebanyak 266 kes (20.2 peratus) dan Kuala Lumpur dengan 191 kes (14.5 peratus).

“Sebanyak 112 kes (8.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara antaranya membabitkan Kluster PTS Sibuga (99 kes), Kluster Tembok (8 kes), Kluster Penjara Reman (2 kes), Kluster Rumah Merah (2 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes),” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata setakat jam 12.00 tengahari tadi seramai 1,110 kes sembuh daripada jangkitan Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 51,314 atau 81.2 peratus daripada keseluruhan kes yang dilaporkan.

Pada masa sama sebabanyak 118 kes positif COVID-19 kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 43 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Tambah Dr. Noor Hisham, sehingga kini terdapat sebanyak 355 kluster telah dilaporkan termasuk enam (6) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini.

“Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 175 kluster termasuk dua (2) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Menara dan Kluster Simera menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 180 kluster.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 kluster melaporkan pertambahan kes dengan tiga kluster daripadanya melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini iaitu Kluster Enggor (126 kes), Kluster Teratai (90 kes) dan Kluster Bintang (71 kes),” tambahnya. -DayakDaily