Kanak-kanak perempuan hilang dipercayai dibawa lari masuk ke hutan

Royal Malaysia Police logo
Advertisement

SARIKEI, Jan 21: Seorang kanak-kanak perempuan dipercayai hilang dilarikan oleh bapa kandungnya dalam satu kejadian di Kampung Sungai Petai, Skim B di sini semalam.

Mangsa yang berusia 5 tahun itu dipercayai dibawa oleh suspek ke dalam hutan berdekatan kawasan tanah perkuburan kira-kira pukul 8 malam.

Menurut sumber, bimbang akan keselamatan kanak-kanak tersebut, keluarga mangsa kemudian meminta pertolongan daripada pihak berkuasa.

Advertisement

“Dimaklumkan oleh keluarga mangsa menyatakan bapa kandung (suspek) berusia 27 tahun dan ada mengalami masalah mental.

“Operasi pencarian telah dilakukan dengan radius 3 kilometer di kawasan hutan berdekatan tanah perkuburan dan mangsa masih belum dijumpai setakat ini,” katanya di sini hari ini.

Sumber menambah, pihak berkuasa memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu segera menghubungi pihak polis. — DayakDaily

Advertisement