Kanak-kanak perempuan hilang dipercayai dibawa lari masuk ke hutan ditemui selamat

Royal Malaysia Police logo

SARIKEI, Jan 21: Seorang kanak-kanak perempuan dipercayai hilang dilarikan oleh bapa kandungnya dalam satu kejadian di Kampung Sungai Petai, Skim B di sini semalam ditemui selamat hari ini.

Mangsa yang berusia 5 tahun itu telah ditemui dalam keadaan selamat kira-kira pukul 6.55 pagi.

Menurut sumber, kanak-kanak tersebut dikatakan dibawa pulang oleh bapa kandungnya yang berusia 27 tahun.

“Sebelum itu, mangsa dipercayai dilarikan oleh suspek ke dalam hutan berdekatan kawasan tanah perkuburan kira-kira pukul 8 malam,” katanya di sini hari ini.

DayakDaily sebelum ini melaporkan, bimbang akan keselamatan kanak-kanak tersebut, keluarga mangsa kemudian meminta pertolongan daripada pihak berkuasa.


Dimaklumkan oleh keluarga mangsa menyatakan bapa kandung (suspek) berusia 27 tahun dan ada mengalami masalah mental. — DayakDaily