Kanak-kanak perempuan disyaki dicabul ketika ibu bapa sedang memancing

Suspek (tengah) ditahan JSJ IPD Miri awal pagi tadi.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 29 Mei: Seorang lelaki disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun telah ditahan pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kejadian dilaporkan berlaku semasa mangsa bersama ibu bapanya dan dua lagi saudaranya memancing di kawasan tebing Sungai Miri berhampiran Miri Waterfront pada malam Jumaat (27 Mei) sekitar jam 9 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, suspek berusia 23 tahun itu diberkas anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri awal pagi Sabtu (28 Mei) pada jam 2.50 pagi.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas mangsa tanpa berjalan ke kawasan berdekatan tanpa disedari ibunya yang ketika itu sedang memancing.

Kehilangan mangsa hanya disedari selepas mereka terdengar jeritan meminta tolong.

Sebaik tiba ke lokasi, mereka terkejut melihat mangsa sedang dipeluk suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. — DayakDaily