SERIAN, 28 Feb: Seorang kanak-kanak lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditemukan selamat selepas dilaporkan hilang di hutan Kampung Mongkos, di sini hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata, mangsa dijumpai kira-kita pada jam 3 petang hari ini dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan dari awal pagi tadi.
Katanya, mangsa dijumpai kira-kira 1 kilometer dari rumah keluarganya.
“Mangsa seterusnya dibawa oleh orang awam ke Klinik Bunan Gega, Serian untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulunya, mangsa dilaporkan hilang di hutan kampung berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari semalam. ― DayakDaily