Kanak-kanak berusia 11 tahun antara yang ditangkap disyaki terlibat kes curi di Kapit

Gambar komposit menunjukkan suspek dan barang yang dirampas berkaitan kes tersebut.

KAPIT, 8 Nov: Seramai empat orang lelaki ditangkap karana disyaki terlibat kes curi dalam kenderaan di Pekan Kapit.

Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Rohana Nanu berkata keempat-empat suspek merupakan warga tempatan berusia lingkungan 11 hingga 21 tahun.

Katanya, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang diterima pada Ahad lepas (5 Nov).


“Polis turut merampas barang-barang kes dipercayai barang curi bernilai sekitar RM8,500,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda. — DayakDaily