Jumlah mangsa banjir tinggal 18 orang, satu pusat pemindahan ditutup

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak memantau keadaan banjir baru-baru ini.

KUCHING, Feb 13: Satu pusat pemindahan banjir iaitu di Dewan Sukan Tatau Bintulu telah ditutup sepenuhnya pada pukul 11.30 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Mejar Ismail Mahedin berkata, setakat pukul 2 petang ini, terdapat satu pusat pemindahan banjir masih dibuka iaitu di Dewan Suarah Mukah.

Katanya, terdapat 18 mangsa daripada lima keluarga masih berada di pusat pemindahan banjir tersebut.


“Berdasarkan laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri, terdapat tujuh klinik kesihatan dilaporkan masih terjejas dengan tiga tidak beroperasi.

“Sementara itu, terdapat 11 buah sekolah masih ditutup akibat bencana tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini. ā€” DayakDaily