KUCHING, 9 Feb: Raja Permaisuri Agong Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima menghadap Isteri Ketua Menteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di Istana Negara pada Isnin lepas.
Kunjungan tersebut adalah bagi membincangkan kemajuan dan pembangunan industri songket di Sarawak hasil usahasama di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Penjara Malaysia.
Pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam tersebut telahpun mendapat perkenan Baginda Raja Permaisuri Agong bagi hala tuju industri tekstil songket hasil daripada usahasama ini.
Juma’ani yang juga Penaung Projek Inovasi Warisan Sarawak: Songket dan Keringkam ditemani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Dr Sabariah Putit.
Turut hadir Menteri Muda Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri Persekutuan Datuk Syarifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. — DayakDaily