This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 11 Ogos: Jabatan Siasatan Jenayan Narkotik (JSJN) Sarawak hari ini melumpuskan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM1.77 juta.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata dadah tersebut merupakan barang rampasan melibatkan 3,416 kes dari tahun 2012 sehingga 2022 daripada 19 buah daerah yang telah selesai semua peringkat siasatan dan perbicaraan.
Katanya, pelupusan dilakukan di kuching Intergrated Waste Management Park (KIWMP) Sarawak melalui kaedah pemusnahan selamat menggunakan teknologi terkini yang diperakui Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
“Pergerakan barang kes dikawal rapi oleh pegawai polis dari daerah berkenaan hingga ianya dikumpulkan, diperiksa dan diserahkan kepada KIWMP di tapak pelupusan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Proses pelupusan barang kes disaksikan oleh Ketua JSJN Sarawak ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah serta pegawai-pegawai kanan IPK Sarawak. — DayakDaily