Oleh DayakDaily Team
BINTULU, 15 Mei: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak memperhebatkan operasi penguatkuasaan ke atas penggunaan lampu High Intensity Discharge (HID).
Menurut akaun Facebooknya, JPJ Sarawak pada Selasa (14 Mei) telah mengadakan operasi di Jalan Tun Ahmad Zaidi, di sini.
Katanya, sepanjang operasi tersebut sebanyak 109 notis ketidakakuran telah dikeluarkan ke atas pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan sedia ada.
“Diantara kesalahan yang dikesan termasuklah penggunaan lampu High Intensity Discharge (HID), lesen memandu tamat tempoh, tiada lesen memandu serta ubahsuai kenderaan,” katanya.
Difahamkan operasi seumpama itu akan turut dilakukan di seluruh Sarawak.
Hadir sama pada Operasi ini ialah Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili, Ketua Cawangan JPJ Bintulu Fedrick Kedo serta 26 orang pegawai dan anggota JPJ Bintulu.
“Pengguna jalan raya adalah di ingatkan agar sentiasa berhati-hati semasa berada di atas jalan raya dan mematuhi peraturan semasa yang sedan berkuatkuasa,” katanya.
Sebarang aduan boleh disalurkan terus melalui aplikasi e-Aduan @jpj atau http://jpj.spab.gov.my berserta butiran pengadu dan butiran aduan. — DayakDaily