JPBNS: Kemaskini SOP benarkan pelajar IPT berkeperluan pulang ke kampus

School books. —DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 29 Jun: Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berkeperluan dibenarkan pulang ke kampus masing-masing.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak(JPBNS) melalui kemaskini SOP Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara berkata, pelajar terbabit perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan bagi merentas negeri atau daerah dari IPT berkenaan.

Manakala pelajar yang berada di sekolah berasrama, universiti atau institusi dibenarkan untuk berada di institusi masing-masing dan meneruskan pembelajaran secara hibrid.


SOP berkuatkuasa 29 Jun itu turut membenarkan hanya murid sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat yang terlibat dengan peperiksaan antarabangsa sahaja hadir untuk menduduki peperiksaan.

Ia adalah mengikut jadual peperiksaan yang telah ditetapkan oleh badan peperiksaan antarabangsa.

Dalam pada itu, semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka adalah tidak dibenarkan.

Menurut JPBNS, pengecualian hanya diberikan kepada pelajar yang berkeperluan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan oleh kerajaan. — DayakDaily