Jom Berambeh dan Taufan Kasih UNIMAS dapat sambutan menggalakkan

Dr. Sim (duduk, empat dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama peserta.

Oleh Dean Adam

KOTA SAMARAHAN, Dis 28: Program Jom Berambeh dan Taufan Kasih yang kali ketiga diadakan telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari penduduk Kampung Sinar Budi Baru, Batu Kawa, baru-baru ini.

Program yang berkonsepkan aktiviti pembelajaran yang berorientasikan ‘service learning’ itu telah disertai oleh 82 orang pelajar tahun akhir Program Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), UNIMAS.


FSKPM dalam satu kenyataan media hari ini memberitahu, program tersebut bertujuan untuk mendekatkan hubungan antara pelajar universiti dan komuniti setempat selain menjalankan aktiviti bersama dan memupuk semangat prihatin dan jati diri dalam kalangan pelajar.

Kata FSKPM, menerusi aktiviti yang dilakukan, pelajar dapat merasai sendiri kehidupan di kampung dan bermesra dengan semua penduduk yang terlibat seta menjalin hubungandan situasi ‘menang-menang’ antara komuniti universiti dan komuniti kampung.

Hadir merasmikan program tersebut ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dekan, Datuk Dr. Sim Kui Hian.

Turut hadir ialah Dekan FSKPM, Dr. Surena binti Sabil, Pensyarah dan Penyelaras kursus Pengurusan Prestasi (KMS3033), Profesor Dr Rusli Ahmad.

Dalam ucapannya, Dr. Sim menekankan kepentingan konsep ‘Universiti – Komuniti’ di mana beliau percaya dengan adanya hubungan baik di antara pihak universiti dan komuniti ia secara tidak langsung menguntungkan semua pihak dan memberi nilai tambah kepada pelajar sebagai siap-siaga menempuh alam pekerjaan kelak.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada FSKPM dan UNIMAS kerana berjaya menganjurkan aktiviti berkenaan yang kini berterusan selama lima tahun ini dan telah menjadi contoh aktiviti yang baik untuk diaplikasikan ke dalam konteks komuniti.

Sementara itu, Program Jum Berambeh dan Tautan Kasih bermula dari pukul 7:30 pagi dengan aktiviti zumba bersama penduduk kampung dan ahli Kelab Zumba Kampung Sinar Budi Baru seterusnya aktiviti susulan lain seperti gotong-royong membersihkan kawasan dan kemudahan awam, pertandingan mewarna, pameran dari agensi-agensi kerajaan, ceramah kerjaya dan motivasi, aktiviti sukaneka dan ceramah umum dari penceramah jemputan.

Antara agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam program sehari itu ialah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), BOMBA, AmBank dan Lembaga Koko Malaysia, Cawangan Sarawak. -DayakDaily