JHS rampas 107 batang kayu batak

Kelihatan lori yang membawa muatan kayu batak yang dirampas.
Advertisement

Oleh Dean Adam

SERIAN, Feb 18: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) berjaya merampas 107 batang kayu batak selepas menahan sebuah lori di KM15, Jalan Serian-Sri Aman lewat petang semalam.

Pegawai penguatkuasa JHS berjaya menahan lori yang membawa pelbagai jenis dan spesies kayu batak itu kira-kira pukul 6.15 petang.

Advertisement

Jurucakap JHS berkata, tangkapan dan rampasan kayu batak itu telah dilakukan oleh sepasukan anggota penguatkuasa dari Pejabat Hutan Wilayah Kuching.

Katanya, kesemua kayu batak serta lori yang dirampas itu dianggarkan sebanyak RM80,000.

“Sebelum itu, pemandu lori berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan muatan kayu batak yang dibawa.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati lori tersebut telah membawa 107 batang kayu batak pelbagai saiz dan spesis tanpa sebarang tanda JHS,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 95, Ordinan Hutan Sarawak 2015.

“Kesemua barangan kes telah dibawa ke Pejabat Hutan Wilayah Kuching untuk tindakan lanjut,” katanya. — DayakDaily

Advertisement