JHS, PGA tahan dua lori bawa muatan kayu balak di Sibu

Dua buah lori dengn muatan kayu balak ditahan oleh JHS dan PGA dekat Pasai Siong Sibu, semalam (23 Feb)

SIBU, 24 Feb: Dua buah Lori dengan muatan pelbagai jenis kayu balak berjaya ditahan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Pasukan Gerakkan Am (PGA) berdekat Kawasan Pasai Siong di sini semalam.

Menurut Kenyatan JHS, dalam kejadian sekitar jam 11.00 malam itu kedua buah lori terbabit membaea kira-kira 53 batang kayu balak dari pelbagai spesis yang dianggarkan bernilai RM75,000.

“Daripada keseluruhan nilai rampasan tersebut, nilai royalti bagi kesemua 53 batang kayu balak tersebut dianggarkan sebanyak RM10,000 manakala dua buah lori terdebut dianggarkan benilai RM65,000,” katanya.


Katanya, pemeriksaan lanjut yabg dilakukan terhadap muatan tersebut mendapati ia tidak mempunyai kebenaran daripada JHS untuk mengangkut muatan kayu balak terbabit.

Justeru, kes tersebut akan disiasat di bawah seksyen 96 (1), Ordinan Hutan 2015, ( perkara 71) dan jika disabitkan dengan kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman denda sehingga
RM150,000.00 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-dua sekali.

Jelasnya bagi kesalahan berulang, pelaku terbabitboleh dikenakan denda sehingga RM500,000.00 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kes ini juga akan disiasat di bawah seksyen 97(a) ordinan yang sama dan jika sabit kesalahan, penalti akan dikenakan dua kali ganda bagi nilai rampasan berkenaan,”katanya. -DayakDaily