Jawatankuasa Khas di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan diaktifkan semula — Fatimah

Dato Sri Fatimah Abdullah (file photo)

KUCHING, 17 Jan: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersetuju Jawatankuasa Khas di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan diaktifkan semula.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Saifuddin akan mempengerusi bersama jawatankuasa khas ini.

“Beliau akan memberi komitmen tinggi terhadap isu kewarganegaraan di Negeri Sarawak.


“Mesyuarat pertama jawatankuasa ini akan diadakan di Kuching,” katanya selepas kunjungan hormat ke atas Saifuddin di Putrajaya hari ini.

Turut serta dalam rombongan tersebut adalah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus dan Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Mohammad Razi Sitam. — DayakDaily