Jangkitan Covid-19 di seluruh negara kembali lepasi angka 4,000 kes sehari

Status Covid-19 pada 28 Jan,2021

PUTRAJAYA, 28 Jan: Kes jangkitan Covid-19 di negara ini melepasi angka 4,000 kes jangkitan hari ini apabila melaporkan sebanyak 4,094 kes jangkitan baharu di samping 10 kematian hari ini.

Menurut laman twitter Kementerian Kesihatqan Malaysia (KKM), Selangor kekal mendomasi kes jangkitan harian tertinggi dengan 1,577 kes diikuti Johor (717 kes), Kuala Lumpur (678 kes), dan Sabah (282 kes).

“Dengan kes terbaharu sebanyak 4,094 kes pada hari ini menjadikan kumulatif kes Covid-19 diseluruh negara kini menghampiri angka 200,000 kes dengan 198,208 kes di laporkan sehingga hari ini,” katanya.

Laman twitter tersebut juga turut melaporkan sebanyak 3,281 kes sembuh sepenuhnya daripada wabak berkenaan hari ini menjadikan kumulatif kes sembuh meningkat kepada 154,299 kes.

Ujarnya, daripada jumlah keseluruhan jangkitan yang dilaporkan hari ini, lapan kes merupsakan kes import yang dikesan mendapat jangkitan di luar negara.


“Sejumlah 10 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat covid-19 di seluruh negara meningkat kepada 717 kes sehingga hari ini.

“Sebanyak 303 kes covid-19 kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi ICU dengan 118 kes memerlukan bantuan alat penafasan,” katanya. — DayakDaily